Sejarah Pengakap Malaysia
Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula
berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap
Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP
mengasaskan Pergerakan ini di England).Bergerak dari tarikh itu, pada tahun
1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M.
Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama
memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun
begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.Pada tahun
1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan
Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang
ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau
Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat
jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.
Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar
(MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap
bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun
1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri
Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor
menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan
Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah
A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.Perlis pula
ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan
Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada
tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu
ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.Ringkasan Tahun Negeri Yang
menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak
aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM
Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak
I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen
Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad
Temenggong 1931 Perlis.Secara Ringkasnya:1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )2.
H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )3. I.R Wheeler di Perak
( 1926 )4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah
(1922)5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )6. Bird dan Roger Smith di Negeri
Sembilan ( 1925 )7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )8. A.J Cracle di
Terengganu ( 1926 )9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )10.
Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di
Sabah ( 1913 )12. Sarawak ( 1915 )Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah
ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu
telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957.
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan
Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada
Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari
gagasan Malaysia.
Robert Baden-Powell, Founder of the World Scout
Movement,Chief Scout of the World
Sejarah Pengakap Dunia
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di
Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakapbermula apabila satu
perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah
diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang
Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran.
Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia.
Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah
mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan
buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri.
PergerakanPengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang
British. Tanpa diduga, pergerakanpengakap telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa
beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun
1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia.
Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan
di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai
KetuaPengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord
Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran
negarapengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan
pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal
dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
Biodata BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941
Sejarah Pengakap Di Malaysia
Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun
1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British.
Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan
Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini,
Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di
Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada
ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di
negeri-negeri Melayu dan Borneo.
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di
Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah
ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan
Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh
Persidangan PengakapSedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan
Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan
Budak PengakapMalaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah
dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar
daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura
keluar dari gagasan Malaysia.
No comments:
Post a Comment